Sunday, September 13, 2015

freshie greeting and a very late post

Assalamualaikum.
Lihatlah dunia, baru nak start berblog sebab aku fikir berblog bagus untuk perasaan aku since aku ni payah nak meluahkan masalah. bila pendam dan pendam dan pendam it gives me a stress feelings. Haha, jadi blog ini adalah suatu inisiatif untuk aku menulis perasaan aku, cerita aku, pengalaman aku, dan lain-lain supaya hari-hari yang bakal aku lalui akan selalu happy dan tiada masalah.
Baiklah, aku nak start cerita pasal kehidupan aku sekarang. Dah seminggu aku check in dekat desasiswa Fajar Harapan. Bergelar pelajar tahun dua bagi aku adalah satu perasaan yg plain. Haha, maksudnya aku takda la rasa aku ni SENIOR sangat. well, aku masih rasa aku baru sebagai seorang pelajar di universiti ni. nak bajet senior time aku dah hafal semua dewan kuliah dekat USM ni takpe lahh. Dah jadi pelajar tahun dua homesick lagi tak? Takpun, cuma rasa rindu dekat parents tak hilang-hilang. tapi bagi aku normallah rindu kat parents kan? :)
Its getting late, sampai jumpa lagi!